>

Cover Magazines

Assalamualaikum semua,
Hari ini sis nak share edit gambar sis kepada cover magazines.
Comel tak sis..hehe..okay la.bye.
TERIMA KASIH.

Jalan-Jalan Di Pulau Tuba, Langkawi


Assalamualaikum semua pembaca blog sis.

Hari ini sis ingin bercerita mengenai lawatan sis bersama dengan kakitangan Bahagian Geopark bagi Taklimat mengenai Langkawi Geopark kepada Agent Travel daripada Kuala Lumpur di Noba Resort, Pulau Tuba, Langkawi.
Kalau ikutkan, sis first time baru nak pergi ke Pulau Tuba. Cuba bayangkan, sis duduk di Langkawi dari kecil sampai umur mengajak ke 23 tahun baru nak berasa berpijak tanah Pulau Tuba. *NAMPAK TAK SIS JAKUN SIKIT * hehe. Namun di sebalik lawatan ini, bahagian kami merancang untuk membawa bos bahagian datang ke Pulau Tuba untuk merasa Mee Udang yang famous di Tanjung Pandan, Pulau Tuba. Tapi nak buat macam mana, bos pulak sakit gigi waktu ni jugak. Last-last 4 orang sahaja yang join lawatan ini bersama dengan kakitangan Bahagian Geopark. Untuk pengetahuan semua, minggu ni bos last kerja di tempat kerja. Dia mau pulang balik ke Kuala Lumpur. 😭😭 

Okay lar,,sis tak mau cerita panjang..sis nak boom kan wall blog sis dengan  video pendek  yang sis sediakan untuk semua tengok betapa keindahan yang ada kat situ dan sesuai untuk ahli keluarga bercuti dan merehat minda di sana. Jangan lupa untuk merasa Mee Udang @ Ketam dan Nasi Goreng Udang@Ketam. Memang sedap sehingga menjilat jari. Udang dan ketam pun fresh. Rasa macam nak pi lagi sana. 

Nak dapatkan kat mana semua tu...di Tanjung Pandan, Pulau Tuba naaaa!!!



Terima kasih semua.

Love you guys from sis.

Kalau rajin tu sila la komen





Cerpen Kau Tercipta Untukku


Create : Zara

BAB 1    
      Zara…” bergema suara Puan Farina memanggil anak tunggal satu-satunya dari dapur. Rasanya kawasan kejiranan pasti akan menutup telinga setelah mendengar jeritan oleh Puan Farina, legend bersuara kuat dan lantang dalam kawasan perumahan Taman Sentosa.
Zara langsung tidak menyahut panggilan ibunya. Sebaliknya menyambung tidur.
“ Sah..budak Zara mesti buat don’t know kalau ibu dia panggil. Siap kau Zara!” Puan Farina memanjat anak tangga satu per satu menuju ke bilik tidur Zara. Puan Farina menyelak pintu bilik  Zara dan melihat anak dia masih terbungkam di atas katil.
“ Zara, bangun cepat. Bukankah hari ini kamu kena daftar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sentosa.” kejut  Puan Farina seraya menarik gebar Zara. Zara membuka perlahan matanya dan mengeliatkan badan di atas katil.
 Zara menarik semula gebar dan menutup seluruh badan. “ Ahh..malasnya nak daftar. Baik sambung tidur lagi bagus” ujar perlahan Zara. Zara terbiasa dengan jeritan ibunya itu jadi dah lut sangat. Itu Zara buat tak kisah
“ Amboi, kau Zara. Ada hati nak sambung tidur. Cepat siap. Nanti Abang Nashriq nak hantar kamu ke sekolah.”arah Puan Farina. Zara masih lagi di atas katil. Tiada tanda-tanda nak bangun dari tidur.
“Ala..ibu. Kan Zara dah beritahu dekat ibu haritu yang Zara tak berminat lah nak masuk tingkatan 6. Kalau tak ibu aja yang pi daftar. Ibu yang gantikan Zara untuk sambung belajar. Senang!” kata Zara di sebalik gebar.
Puan Farina menggeleng  kepala perlahan. “ Sayang, ibu buat untuk masa depan Zara jugak. Takkan Zara masih nak mengharapkan sijil SPM Zara untuk minta kerja. Ibu bukan nak merendahkan orang yang mempunyai kelulusan SPM tapi kalau Zara nak kerja yang bergaji tinggi biarlah berpadanan dengan kelulusan akademik Takkan lah ibu yang ganti Zara belajar. Ibu tak boleh sayang. Umur ibu dah lebih untuk daftar . Zara tak kesian ke kat ibu nak tengok kejayaan anaknya nanti.” ujar Puan Farina dengan panjang lebar.
“Oklah..ikut suka kamulah nak sambung belajar atau tak. Ibu tak nak ambil tahu dah.” Sambung ujar Puan Farina dengan nada merajuk  dan bersedia untuk mengatur langkah keluar dari bilik tidur Zara.
Zara menurun semula gebar hingga paras bahu. “ Ibu” pujuk Zara. Langkah kaki Puan Farina terpaku dan masih dengan muka merajuk tak pandang Zara langsung. Zara bangun dan memegang tangan Puan Farina perlahan.
“ Baiklah..Zara siap sekarang jugak. Ibu..jangan merajuk dengan Zara. Zara sedih.”nada suara Zara kelihatan sedih dan sedikit manja. Puan Farina tersenyum sedikit dan Zara tidak melihatnya kerana kedudukan Puan Farina membelakangi Zara.
Puan Farina berpaling dan menghadap Zara seraya memegang bahu Zara. “ Ini barulah anak ibu. Dengar cakap. Dah..pergi siap cepat. Abang Nashriq kamu tengah on the way nak sampai dan hantar kamu ke sekolah.” Sudah arahan Puan Farina sudah keluar. Maknanya Zara hanya perlu mengikut arahan itu ja.
“ Aip..aip..aip boss” Zara membuat gaya seperti Ibrahim Pendek jika mendapat arahan daripada tuannya dalam cerita Ali Baba dengan 40 penyamun. Zara membuka langkah menuju ke bilik air. Puan Farina mengeleng kepala melihat karenah anak tunggal perempuan dalam keluarga. Puan Farina kembali semula ke dapur untuk menyelesaikan tugas.
      “Assalamualaikum” Nashriq memberi salam sebelum memasuki rumah teres dua tingkat.
“Waalaikumusalam” jawab Puan Farina. Puan Farina berjalan perlahan menuju kearah anak sulungnya, Nashriq Iman yang berada di muka pintu utama. Nashriq menyalami tangan ibunya. Mereka berdua berjalan beriringan ke ruang tamu. Nashriq melabuhkan punggung di sofa.
“ Ibu, mana Zara? Dah siap ke?”soal Nashriq kepada Puan Farina. Puan Farina menuangkan air teh ke dalam cawan dan memberikan kepada Nashriq. Nashriq menyambut cawan the dan menyisip perlahan kerana air teh masih panas.
“ Adik kesayangan kamu tu kalau bersiap…lambat mengalahkan kura-kura. Pagi tadi, Zara tak mahu bangun tidur sebab tak nak daftar tingkatan 6 tulah. Entahlah, Nashriq. Apalah nak jadi dengan Zara tu.”ngomel Puan Farina. Nashriq sudah tergelak kecil.
“ Ibu tu yang paksa Zara masuk Tingkatan 6. Sepatutnya ibu hantar saja Zara tu kerja kilang. Biar dia rasa macam mana susahnya hendak mendapat wang. Bukannya sepatutnya bersyukur atas tawaran tu!”tegas kata Nashriq tapi masih lembut.
“ Buat macam mana Nashriq. Adik kamu tu degil. Haritu, Zara duk mengharap UPU  . Last-last tak dapat. Kononnya, duk Universiti lagi best daripada belajar kat sekolah. Orang kata apa? Tak standard dengan umurnya yang baru masuk 18 tahun. Itu pun dah kira bagus dapat tawaran masuk tingkatan 6. Cuma belajar 1 tahun setengah. Pejam celik pejam celik sat ja habis.”kata Puan Farina. Ketika itu, Zara menuruni tangga dan tak ‘sengaja’ mendengar perbualan ibu dan abang.
“ Amboi..sedapnya duk mengata Zara. Suka hatilah Zara nak belajar kat mana. Pathentic sungguh hidup aku ni. Kalau lah ada abang Nabil kat sini, mesti best. Mesti abang Nabil backup Zara.” Desis hati Zara.
Zara membuat muka dengan selamba ketika berhadapan dengan ibu dan abang Nashriq.
“ Haa..panjang umur. Mai sarapan dengan abang Nashriq. Sebentar lagi, abang hantar kamu ke sekolah.”arah Puan Farina. Nashriq ralit makan kuih seri muka tanpa mempedulikan kehadiran Zara.
“ Takpalah, ibu. Zara sarapan dekat sekolah. Dah lewat nie. Zara pergi dulu ye. Jom, bang.” Pamit Zara seraya menarik lengan Nashriq untuk beredar keluar dari rumah. Nashriq sempat menyisip sedikit air teh sebelum keluar.
“ Ada-ada je kau nie Zara. Nak cepat konon. Takut ibu berleter kat Zara ye.” Serkap jarang Puan Farina. Zara tersenyum perlahan. “ Mana ada, ibu. Takde lah. Memang dah lewat untuk daftar nie. Zara pergi dulu.”nafi Zara. Zara menyalami tangan Puan Farina diikuti Nashriq.
Nashriq mengstart enjin kereta Vios putihnya. Berdroom bunyi kereta itu. Zara menurun tingkap kereta abang dan melambai perlahan kearah ibu, Puan Farina yang berada di pintu pagar.
“Bye..ibu. Assalamualaikum.” Ucap Zara sebelum kereta Vios abangnya bergerak meluncur laju ke atas jalan raya.
“ Waalaikumusalam. Jangan tak daftar pulak.” Pesan Puan Farina. Entah dengar atau tidak pesan Puan Farina kepada Zara seraya melambai pemergiaan anaknya itu.
  Di dalam kereta. Nashriq menumpukan perhatian ketika memandu. Zara pulak membuang pandang ke luar tingkap. Sesekali Nashriq melihat adiknya itu.
“ Adik,,abang harap adik dengar cakap ibu. Ibu kan tak nak adik ketinggalan pelajaran. Adik kan perempuan. Sekarang ni susah tau nak minta kerja kalau kelulusan hanya SPM. Kalau adik dapat result bagus dalam STPM, Insya Allah..adik boleh sambung degree dekat university pilihan adik. Adik nak jadi macam abang Nabil belajar dekat UK mestilah kena belajar bersungguh-sungguh. Faham tak abang bagi nasihat ni.” Panjang lebar sungguh Nashriq buka mukadimah pada Zara.
Zara membuat muka cemberut. “ Ye la, abangku sayang. Adik cuba suaikan diri dengan tingkatan 6 nanti.”tekan suara Zara dengan lembut. Nashriq tersenyum.
“ Tapi abang, Zara nak sangat belajar dekat luar negara terutama di Korea. Dengan keindahan pemandangan di Korea dan dapat jumpa dengan actor kegemaran adik iaitu Lee Min Ho. Mesti bestkan. Tak sabarnya!!” Zara tersengih-sengih seolah-olah Lee Min Ho berada di hadapannya ketika itu.
Nashriq menekan hon tiba-tiba untuk menyedarkan daydreaming Zara supaya kembali ke reality.
Zara terkejut. “ Abang Nashriq!”marah Zara.
“ Sorry..” ucap Nashriq.
“ Baru ingat adik nak merajuk dengan abang.”
“ Tak payah merajuk adik. Tu hah..nak sampai dah sekolah.” Stereng kereta memasuki perkarangan sekolah. Banyak kereta parking untuk menghantar anak mereka mendaftar tingkatan 6.
“ Ramainya orang daftar.” Zara terlongor sebentar. Nashriq memberhentikan kereta.
“ Hah..apa lagi. Turun ler. Abang dah lewat nak masuk kerja ni. Jangan tak daftar pulak.” Nashriq menolak tubuh Zara agar keluar daripada kereta.
Apalagi Zara keluar cepat dan menutup perlahan pintu. “ Ish..kalut betul abangku ini.” Bisik kecil hati Zara.
Nashriq menurunkan tingkap kereta. “ Zara,,jangan lupa call abang kalau dah siap. Abang chow dulu.” Kata Nashriq.
“ Ok!”jawab Zara. Kereta Nashriq  membelah jalan hilang dari pandangan mata Zara.
Zara berjalan perlahan memasuki ke dalam dewan besar sekolah itu. Di hadapan pintu dewan tersebut kelihatan beberapa senior tingkatan 6 sedang menyambut kedatangan pelajar baru.
“ Adik ni nak mendaftar tingkatan 6 ke?”tanya kakak senior. Zara menjeling  tag nama yang tersemat di baju kot hitam. “ Ermm..Dania nama kakak ni. Sedap”
“ Ye,kak. Kat mana kaunter pendaftaran nye”tanya Zara. Kedengaran seperti sinis. Takkanlah aku datang nak jual minyak wangi kat sini. Apa punya soalan. Sebaik la jawapan masih betul. Kalau tak aku bagi jawapan loyar buruk kat kakak senior ni.
“ Mari lah akak tunjuk kaunternya.” Kakak Dania berjalan dahulu barulah Zara mengikut di belakang kakak itu.
“ Ni kaunter pendaftaran. Adik daftar dulu yer.” ujar Dania sebelum berlalu pergi.
“ Terima kasih.” Ucap Zara. Kakak Dania tersenyum dan menyambung semula perjalanannya itu.
Selesai sudah pendaftaran tingkatan 6. Sementara menunggu kaunter pendaftaran tutup maka Zara duduk di kerusi yang disediakan kerana pelajar baru tidak dibenarkan pulang sebelum ice breaking bermula.
“ Ahh..bosannya. Bilalah nak mula ni”keluh Zara. Di sebelahnya seorang pelajar perempuan pendiam sedia dari awal Zara duduk hingga sekarang. Ada emas ke dalam mulut tu sampai tak nak tegur orang di sebelah.
Apalagi Zara yang kena mula sebagai sesi pengenalan. “ Hai..saya Elzara Nadira Binti Mohd. Azim. Selamat berkenalan.” Zara menghulurkan tangan untuk bersalam. Perempuan itu membuat tak endah dengan huluran tersebut.
“ Eii..sombongnya.” desis hati Zara. Zara menurunkan semula huluran tangannya itu.
“ Haha..i’m just kidding. Sorry. Nur Diyana Syafiqah Binti Dato’ Seri Razif. Selamat berkenalan.” Diyana menghulurkan salam perkenalan dengan Elzara. Zara membalas huluran tersebut seraya senyum.
“ Awak ni Fiqa. Ada ke patut buat begitu kat saya. Saya ingat awak ni memang sombong betul.”
“ Ehh..mana ada awak ni. Saya masih segan lagi. Tambahan pulak dengan awak yang baru saya kenal. Jangan marah.”
“ Tak marah la.”
“ Saya nak panggil awak apa?” tanya Fiqa.
“ Panggil saya Dira. Saya panggil awak fiqa boleh?” soal balik Zara.
“ Boleh je.”jawab Fiqa.
Elzara dan Fiqa berbual mesra sehingga pengumuman meminta pelajar baru berada di tempat masing-masing untuk memulakan sesi ice breaking.
Seorang lelaki segak bergaya memakai kot hitam dan songkok hitam berada di atas kepala menaiki pentas untuk memberikan ucapan.
“ Dira,,tengok mamat kat atas pentas tu. Hensem..awak. Ohh..cair hati saya selepas melihat dia. Oh My Crush.”kata Fiqa. Zara lihat Fiqa dah senyum sengih sampai ke telinga sekali tengok.
Zara melihat sekeliling. Tak sangka semua pelajar perempuan menumpukan perhatian kepada pelajar senior di atas pentas manakala pelajar lelaki lain sudah membuat muka cemburu kerana wajah pelajar lelaki senior mereka lebih kacak berbanding mereka.
“ Biasa je, saya tengok.” kata Zara seolah-olah tiada perasaan. Fiqa kelihatan terkejut dengan statement yang dikeluar oleh mulut Zara, kawan baru yang ditemui.
“ Awak..tengok dia kembali. Hensem awak. Putih, tinggi, rambut dia macam Robert Pattinson. Mata dia paling lawa warna coklat lagi.”puji Fiqa. Zara mencebik.
“ Ye la..Fiqa.” Zara mengalah sebab si Fiqa dah puji mamat tu.
“ Assalamualaikum. Saya ketua MPU atau senior awak, Syed Rayyan Thaqif Bin Syed Muhammad. Selamat berkenalan. Sebelum itu cikgu tingkatan 6 akan mengelolakan untuk slot pertama ini. Slot kedua baru kami akan mengambil alih. Persilakan penolong kanan tingkatan 6, Puan Khatijah yang akan memulakan ucapan.” Rayyan menuruni pentas dan Puan Khatijah memulakan ucapan pembukaan untuk hari pendaftaran tingkatan 6.
Selesai sudah slot pertama bagi hari ini. Seterusnya, pelajar baru dibenarkan untuk berehat.
“ Leganya…saya tak larat la nak dengar guru bagi ucapan.” Fiqa merenggang badan setelah dua jam berada di atas kerusi.
“ Jom..kita pi kantin. Laparlah.”ajak Zara. Mereka berdua berjalan beriringan ke kantin. Mereka membeli dua bungkus nasi lemak dan dua teh o ais dan mengambil tempat yang disediakan oleh kantin untuk pelajar berehat.
“Sedapnye..nasi lemak ni, awak.” Zara melihat Fiqa makan dengan gelojoh sekali dah macam tak makan setahun orang kalau tengok.
“ Hurm..bolehlah.” kata Zara. Nasi lemak disuap secara perlahan. Tiba-tiba bunyi kebisingan dibuat oleh sekumpulan pelajar perempuan Tingkatan Tiga.
“Ehh..bunyi apa tu?”tanya Fiqa. Zara menjongket bahu seolah-olah tidak tahu datang dari arah mana.
“ Awak…tengok tu!”tunjuk Fiqa kearah sekumpulan pelajar yang membuat bising seolah-olah dekat stadium pulak. Zara lihat kearah Fiqa tunjuk.
“ Hai..abang Rayyan!”jerit pelajar perempuan rambut seperti ekor kuda sambil melenggok badan sedikit. Sesekali macam sotong pulak.
Rayyan hanya membalas senyuman dan membuat kiss kepada pelajar perempauan tersebut. Apalagi pelajar perempuan itu menangkap kiss yang dihadiahkan oleh Rayyan dan diletakkan di dalam hati.
Erk..rasa nak termuntah Zara tengok. Yang si Rayyan pun layan jugak minah tu. Pandangan Rayyan dan Elzara bertembung. Rayyan tersenyum kepada Zara. Zara pulak buat gaya macam nak termuntah. Rayyan buat muka cebik.
“ Oh..tak tergoda ye. Jaga kau.!” Rayyan sengih.
“ Eh..ingat kita terpukau akan pesona dia. Please ler! Abang aku lagi hensem kot.”desis hati Zara.
Fiqa cuit Zara. “ Awak tak tergoda ke? Kalau saya..dah lama cair leleh ler kat sini.” Fiqa ketawa. 
Aku? Hurm..buat tak kisah.

Jalan-Jalan Cari Makan.


Assalamualaikum dan selamat petang.
Hari ini sis nak bercerita mengenai tempat makanan yang best dan sedap untuk dikunjungi oleh penduduk di Langkawi dan pelancong-pelancong yang mai melawat dekat sini. 
1,2,3....Let's begin.😇😇
Selepas habis waktu kerja, sis dan kawan sekerja , kak Ita pergi ke Hotel GoldSands, Langkawi yang terletak Kuah. 
p/s: Nanti sis letak alamat hotel tersebut di bawah.
Biasa lepas dapat gaji, waktu tengah "loaded", sekali sekala try makan dekat hotel pula. Tambahan hotel tersebut membuat promosi menu baru untuk bulan July. Ramai kawan sekerja recommerded hotel ini untuk merasai kenikmatan makanan tersebut.  Mula-mula sampai ja dekat hotel tu disambut dengan baik oleh pekerja di situ. Sekali masuk hotel tu sangat cantik hiasan dalaman dia seolah-olah kita macam berada di istana gitu. Sorry sis tak dapat tangkap gambar dekat lobby hotel cuma tangkap dalam cafe hotel.

Jom kita lihat di bawah



Cantikkan cafe dia 😉


Menu untuk Bulan July, Udang galah.
Sepinggan hanya RM19.90 sahaja.

PASTA UDANG GALAH


MAVELLOUS
 TENGOK GAMBAR PUN DAH SEDAP..TAP TAP AIR LIUR JATUH

BAKED RICE UDANG GALAH


Boleh dikatakan sis bagi 4.5/5 bintang pada makanan ni. Tak dinafikan memang sedap. 

Macam mana nak merasai makanan ini..boleh lah mai ke hotel ni seperti di alamat di bawah:

Goldsands Hotel Langkawi
Lot 557 & 559, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah.

Terima kasih semua.







As Student PJJ Degree

Assalamualaikum semua pembaca blog yang saya sayangi :)

Setelah berabad lamanya sis tidak membuat blog as "blogger" untuk sis berkongsi cerita, resepi dan maklumat  yang sis boleh memberikan kepada umum untuk dibaca. Sebelum itu sis memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang baru mengunjungi blog ini.  Jika ada kesalahan ke atas blog ini, boleh-boleh rajin komen ke dalam ruang Comment di bawah agar sis boleh memperbaiki blog ini dari semasa ke semasa.


Okay, hari ni sis akan berkongsi mengenai perjalanan sis sebagai student PJJ Degree di bawah UUM. Semua orang tahu bukan mudah untuk membahagikan masa antara bekerja dan belajar terutamanya bagi yang berkahwin. Sebenarnya sis ambil peluang untuk sambung belajar untuk meningkatkan ilmu dan pencapaian akademik bagi mencapai segengam ijazah yang diimpikan sejak dari bangku sekolah.


Perjalanan kehidupan sebagai pekerja di sektor awam di samping pelajar   sangat menyeronokkan walaupun kadang-kadang tu rasa nak menangguh pengajian namun dengan ibu bapa dan rakan-rakan yang memberikan sokongan agar dapat diteruskan jua. Sis harap sesiapa yang mempunyai keinginan hendak sambung belajar tu ambil la peluang dengan mengisi borang online di Universiti pilihan dan bidang yang diminati. Mencari ilmu itu adalah sepanjang hidup.

Sis mengambil peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam di bawah UUM. Memang seronok mengikuti program ini. Course ini banyak ke arah pentadbiran namun begitu kami perlu belajar mengenai ekonomi, perakaunan juga .

Terima kasih.



 

Cover Magazines

Assalamualaikum semua, Hari ini sis nak share edit gambar sis kepada cover magazines. Comel tak sis..hehe..okay la.bye. TER...